Monday, January 24, 2011

“siapakah yang akan memerangi musuh?”



السلام عليكم . بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. لا إله إلا الله.محمد رسو ل اللهالحمد لله رب العا لمين الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بع

Segala Puji bagi Allah,Tuhan pemilik sekalian alam,wujudNYA tanpa memerlukan Tempat,DIA menghidupkan kita dan Pada DIA juga kita kembali hendaknya.Syukur yang tidak terhingga kepada NYA,kerana Islamnya saya dan anda semua masih berkekalan hingga kini.
Dengan ilmu yang terhad ini,ingin saya berkongsi sedikit ilmu sebagai peringatan dan pengajaran untuk kita semua sebagai hamba ALLAH SWT dan KhalifahNYA di muka bumi ini.Memahami peranan kita sebagai hamba,hubungan kita dengan Allah SWT dapat diterjemahkan melalui ibadah,hanya ibadah yang khusyuk dan hati yang ikhlas disertai dengan rasa kerdil dihadapan Allah SWT merupakan ibadah yang yang dapat mencegah kita dari kemungkaran dan sentiasa mengawal tindak-tanduk kita sebagai manusia.Semoga segala ibadah kita diterima oleh ALLAH SWT.Perkara yang saya ingin fokus pada kali ini mengenai suatu permasalahan yang terjadi dalam kalangan ummat islam pada zaman kini iaitu masalah kejumudan dan sikap orthodoks dalam tanggungjawab beragama terutamanya mengenai dakwah.

Ada segelintir pihak dalam kalangan kita merasakan bahawa islam ini hanya sekadar solat,puasa,zakat,dan beberapa aspek wajib seperti yang termaktub dalam rukun islam dan iman yang kita ketahui.Dengan memenuhi kesemua rukun tersebut,kita beranggapan bahawa kita sudah melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab sebagai muslim,dalam pada masa yang sama keadaan sekeliling kita dipenuhi dengan maksiat dan kemungkaran yang sedang berleluasa,Persoalannya disini,adakah dengan sekadar solat,puasa,zakat,dan memenuhi kesemua rukun islam dan iman dapat mengubah kemungkaran yang berlaku dalam kalangan ummat kita?Sudah tentu jawapannya tidak,ini kerana kewajipan yang perlu dipikul oleh setiap muslimin ialah kewajipan untuk menyeru ke jalan Allah SWT atau dkenali sebagai kewajipan berdakwah.

Perkataan dakwah merupakan satu istilah Islami.Istilah ini tidak terdapat pada agama dan ajaran lain.Dua bahagian dalam dakwah dikenali sebagai amar makruf iaitu mengajak orang melakukan kebaikan serta mengamalkannya dan satulagi bahagian disebut sebagai Nahi mungkar iaitu mencegah kemungkaran yang berlaku di persekitaran sekeliling kita


 Dakwah Itu adalah Tugas Para Rasul dan Pengikut Rasul.Rasulullah SAW telah ditugaskan oleh Allah untuk melakukan kerja dakwah ini,begitu juga dengan nabi-nabi sebelumnya terutamanya Nabi Nuh a.s yang menyeru kepada kaumnya untuk ke jalan Allah,dakwah yang dilakukan Nabi Nuh A.s berlangsung lebih dari 900 tahun.Tanggungjawab dakwah hukumnya wajib tetapi dalam
bentuk fardhu kifayah  maka Setiap muslimin wajib melakukannya dalam pelbagai cara mengikut kemampuan dan potensi yang ada dalam diri.Dan jelaslah disini bahawa dakwah itu bererti menyeru manusia kepada kebaikan dan melarang dan mencegah manusia dari kemungkaran

Namun apabila para ulama dan fuqaha menetapkan dakwah itu ialah fardhu kifayah ramai pihak beranggapan bahawa mereka boleh merehatkan diri dari kerja ini dan hanya menumpukan kepada fardhu ain semata-mata maka,ada dalam kalangan kita  memilih untuk berdiam diri dari melakukan kerja ini dan menganggap dakwah ini dilakukan oleh golongan yang tertentu sahaja seperti orang yang bergelar ulama,mufti,dan ustaz,manakala dan kita hanya sekadar berkampung di masjid dan di rumah berzikir dan bertahajud .Bukanlah maksud disini mengatakan ibadah di masjid dan rumah itu salah tetapi adakah cukup untuk kita sekadar beribadah dengan keadaan sekeliling yang penuh dengan kemungkaran dan maksiat?. Maksud Fardhu kifayah mengenai perkara ini ialah setiap muslimin harus bangkit dan bertanggungjawab untuk melaksanakan perkara ini mengikut potensi yang ada dalam diri untuk  mempersiapkan
satu “Khayra ummah” sebagai contoh sebuah  jamaah yang menyeru manusia kepada Allah.untuk itu, Seluruh umat Islam mesti menolong mereka dengan apa jua cara dan jalan untuk merealisasikan objektif jamaah tersebut iaitu untuk menegakkan agama Allah.Sekiranya ia tidak dilakukan oleh seluruh muslimin,maka seluruhnya juga akan berdosa terutama mereka yang ada kemampuan untuk melakukannya.

Sahabat Rasulullah SAW iaitu Abdullah Bin Mas’ud atau Ibnu Mas’ud merupakan sahabat yang membantah sikap sebegini.Beliau memahami tidak salah untuk beruzlah tetapi jangan jadikan uzlah itu suatu perkara yang sia-sia dan tidak bermanfaat apatah lagi dengan keadaan ummat yang kucar-kacir,ada suatu cerita mengenai Ibnu Mas’ud.Seorang ahli fiqh dari para tabi’in Kufah yang arif dan bijaksana, Amir As-Sya’bi telah meriwayatkan bahawa
 Ada beberapa lelaki telah keluar dari Kufah dan tinggal di
 pinggir bandar, beribadah di sana. Berita itu telah sampai ke pengetahuan     Abdullah bin Mas’ud r.a. Dia pun datang berjumpa mereka. Orang-orang itu gembira dengan kedatangan beliau.Ibnu Mas’ud berkata kepada mereka: “Apakah yang mendorong kamu berbuat begini?”
Mereka berkata: “Kami ingin lari dari hingar bingar kelam kabut orang ramai untuk beribadat.”
Kata Abdullah bin Mas’ud: “Jika semua orang berbuat seperti apa yang kamu buat, siapakah yang akan memerangi musuh? Aku tidak akan tinggalkan tempat ini sehinggalah kamu pulang!!.”

Kemudian salah seorang muhaddith yang thiqah iaitu Abdullah Al-Mubarak atau Ibnu Mubarak antara orang yang menjadikan kisah diatas sebagai inspirasi hidupnya dan beliau mengkritik sikap sahabatnya iaitu Al-Fudhail  Bin Iyadh (meninggal pada 187 Hijrah)juga merupakan seorang muhaddith yang thiqah dan digelar ahli ibadah di dua tanah haram kerana Al-Fudhail terkenal dengan ibadahnya di Mekah dan Madinah serta dikenali sebagai seorang yang gemar menangis ketika sujud dan sentiasa memakai wangi-wangian.Ibnu Mubarak mengkritik sikap sahabatnya itu melalui suatu puisi yang menyentuh perasaan.berikut adalah terjemahan Puisi tersebut

 Wahai orang yang sedang beribadat di dua tanah haram,
jika kamu melihat kami nescaya kamu faham bahawa kamu hanya bermain-main di dalam ibadahmu.
orang-orang itu membasahi lehernya dengan air mata,
sedang tengkuk kami berlumuran dengan darah
dia memenatkan kudanya di dalam sia-sia
sedangkan kuda-kuda kami penat di hari peperangan
kamu berbau harum dengan minyak wangi,
 sedangkan minyak wangi kami adalah peluh kuda dan debu yang terbaik di medan peperangan
 telah datang kepada kami sabda Nabi kita
kata-kata yang benar, tepat dan bukan dusta:
“Tidak akan bertemu debu kuda pada hidung seseorang, dengan asap neraka yang
menyala
kitab Allah ini telah menyebut di hadapan kita bahawa
“orang yang mati syahid itu tidak mati” ini bukan satu dusta.
Apa yang dapat disimpulkan ialah mengenai sikap mengabaikan dakwah dalam kehidupan ini adalah bukan kerana fokus dalam beribadah tetapi kerana takut dan ingin berehat sambil menganggap islam ini adalah agama yang ritual iaitu sekadar dianuti sedangkan agama ini perlu diperjuangkan oleh penganutnya sendiri.Andai kata sikap begini masih membelenggu kita,siapakah yang akan meneruskan tugas ini yang telah kita warisi dari Nabi dan Rasul  terdahulu?dan harapan kita untuk melihat pengganti Sallehuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh dalam generasi kita hanya sekadar harapan tanpa diusahakan.

Sesungguhnya,tanngungjawab setiap muslimin itu bukan sahaja keatas dirinya tetapi kepada orang dan keadaan di sekelilingnya.Sudah tiba masanya untuk kita ubah tassawur kita mengenai perkara ini dan menganjak kearah paradigma yang baru dan memahami bahawa kita sebagai ummat akhir zaman dipertanggungjawabkan untuk menggalas tugas dakwah yang mulia ini .Sikap berpeluk tubuh ini tidak akan membawa diri kita ke arah yang bermanfaat.Renungi sejarah ummat islam yang terdahulu dan muhasabah diri kita agar kita mencapai matlamat yang diimpikan iaitu terjadinya pembentukan tamadun khayra Ummah seperti mana yang diterangkan dalam Surah al-Imran ayat 110
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”

Semoga Kita sentiasa berada dalam redha Allah SWT.Wallahualam Bissawab.

(Penulis Merupakan SUA PEPIM)

Saturday, January 15, 2011

pengumuman penting!!

Salam esok(Ahad 16 Jan 2011) usrah PePIM akan diadakan pada jam 9 pagi di bangunan Al-Huda Bukit baru,antara pengisiannya ialah:

Tafsir:Surah Al-Maidah Ayat 8-9
Hadits Arbain An Nawawiyah:Hadits ke 21:Istiqamah
Fiqh Harakiyy:Generasi Pemuda dan Perubahan
Isu Semasa:keadaan Belia Islam

Pembentang:Ahmad Zaki Yusof /Mohd Redzuan Shakri

Oleh itu sahabat2  PEPIM dijemput hadir untuk memeriahkan majlis ilmu ini,jamuan ringan turut disediakan..untuk keterangan lanjut Hubungi SUA-0136818640

" REMAJA" : sambungan 2

1.4 TENTANGAN DAN MASALAH REMAJA

Masalah penting yang dihadapi oleh remaja cukup banyak, diantaranya adalah dengan timbulnya berbagai konflik dalam diri remaja.
1.      Konflik antara keinginan untuk mengendalikan diri dengan keinginan untuk bebas dan merdeka. Remaja menginginkan penerimaan sosial dan penghargaan serta kepercayaan orang lain kepadanya. Dilain pihak dia menginginkan rasa bebas, kerana ia merasa telah besar, dewasa dan tidak kecil lagi. Konflik antara keinginan tersebut menyebabkan rosaknya keseimbangan emosi remaja.
2.      Konflik antara keinginan akan kebebasan dan ketbergantungan terhadap orangt ua. Dilain pihak remaja ingin bebas dan mandiri, yang diperlukannya dalam mencapai kematangan fisik, tetapi menginginkan orangtua untuk memberikan sokongan dalam pembelajaran dan penyesuaian sosialnya. Konflik tersebut menimbulkan kegoncangan kejiwaan pada remaja sehingga mendorongnya mencari pengganti selain orangtuanya, biasanya teman, guru ataupun orang dewasa lainnya dari lingkungannya.
3.      Konflik antara keinginan seks dan ketentuan agama serta nilai sosial. Kematangan seks yang terjadi pada remaja menyebabkan terjadinya keinginan seks yang mendesak tetapi ajaran agama dan nilai- nilai sosial menghalangi pemuasan keinginan tersebut. Konflik tersebut bertambah tajam apabila remaja dihadapkan pada cara ataupun perilaku yang menumbuhkan rangsangan seks seperti film, sandiwara dan gambar.
4.      Konflik nilai- nilai, yaitu konflik antara prinsip- prinsip yang dipelajari oleh remaja dengan prinsip dan nilai yang dilakukan orang dewasa di lingkungannya dalam kehidupan sehari- hari.
5.      Konflik menghadapi masa depan. Konflik ini disebabkan oleh keinginan untuk menentukan masa depan. Banyak remaja yang tidak tahu tentang hari depan dan tidak tahu gambarannya. Biasanya pilihan remaja didasarkan atas pilihan orangtua atau pekerjaan yang popular dimasyarakat.

1.5 PEMBINAAN DAN PENANGGULANGAN MASALAH

Pada dasarnya remaja itu baik, akan tetapi mereka menghadapi banyak masalah, yang kadang mereka tidak sanggup untuk mengatasinya sehingga terjadi penyimpangan perilaku yang disebut kenakalan. Dalam penanggulangan kenakalan remaja, kita perlu menggunakan pendekatan psikologis. Mulai dari pamahaman tentang kenakalan remaja dan mencari latar belakang terjadinya, agar kita tidak melihat tindakan tanpa mengetahui berbagai faktor penyebabnya baik yang timbul akibat perubahan yang terjadi pada diri remaja maupun yang datang dari luar.
Oleh karena itu dalam penanggulangan kenakalan remaja bukan dengan hukuman atau ancaman tetapi dengan membantunya untuk mencari penyelesaian masalah dengan cara yang baik dan tidak bertentangan dengan hukum dan ajaran agama.
Keluarga mempunyai peranan penting dalam menciptakan ketenteraman batin remaja. Dalam menghadapi kenakalan remaja, orang tua yang bijaksana dapat memahami keadaan remaja dan membantunya mengatasi persoalan yang dihadapinya.
Guru di sekolah juga mempunyai peranan penting dalam membantu remaja dalam mengatasi kesulitannya. Keterbukaan hati guru menerima keadaannya menjadikan remaja sedar akan sikap dan tingkah lakunya yang kurang baik.
Pendidikan agama yang diperoleh remaja dapat membantunya mengatasi berbagai masalah dan gejolak kejiwaan pada dirinya, maka sebaiknya semua mata pelajaran dapat menghubungkan bidang yang diajarkannya dengan ajaran agama.

~~ begitu lah serba sedikit mengenai remaja yang dapat kami kongsikan...melentur buluh biarlahdari rebungnya....tetapi kalai ingin melentur buluh,jgn lah terlalu mendesak,patah pula jadinya. :)

Tuesday, January 11, 2011

" REMAJA" : sambungan


1.2  PENGERTIAN REMAJA

Remaja adalah tahap umur yang kita laluia setelah zaman kanak- kanak berakhir, kebiasaannya dihitung  dari  kita akil baligh dan ditandai oleh pertumbuhan fisik yang cepat. Pertumbuhan yang cepat pada tubuh remaja, luar dan dalam itu, membawa akibat yang perubahan sedikit terhadap sikap, perilaku, kesehatan serta keperibadian remaja. Dalam masyarakat, dikenal remaja dengan berbagai istilah yang menunjukkan kelompok umur yang tidak termasuk kanak- kanak tetapi juga bukan pula dewasa, misalnya jejaka-dara dan bujang-gadis. Sebutan itu diperuntukkan bagi usia sekitar 13 tahun sampai 17 tahun.
Istilah remaja dalam Islam tidak ada. Didalam Al Qur’an ada kata alfityatu, fityatun yang artinya orang muda. Ada pula kata baligh yang menunjukkan seseorang tidak kanak- kanak lagi atau juga bisa berarti penentuan umur awal kewajiban melaksanakan hukum Islam dalam kehidupan sehari- hari.


1.3   HARAPAN DAN CITA- CITA

1.3.1   PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN FISIK REMAJA

Pertumbuhan fisik dengan cepat terjadi pada remaja usia 13-17 tahun. Namun pertumbuhannya tidak serentak dan kecepatan pertumbuhan antara remaja satu dengan yang lainnya juga tidak sama. Ada yang cepat pada usia 13-14 tahun dan ada pula pertumbuhan fisiknya terjadi pada akhir remaja (17 tahun).
Pertumbuhan fisik yang tidak serentak itu menimbulkan akibat yang tidak menyenangkan bagi remaja. Tidak heran jika remaja sibuk dengan selalu memperhatikan dirinya, suka berlama- lama berdiri di depan kaca. Dimana ada cermin, mereka condong melihat dirinya menerusi cermin itu. Apakah itu cermin dirumah, cermin tingkap, cermin-cermin kedai dan sebagainya.
Perubahan fisik yang begitu cepat itu mengakibatkan perubahan lain pada segi sosial dan kejiwaan. Remaja semakin peka dan tidak stabil, kadang- kadang ia penakut, ragu- ragu, cemas dan sering melontarkan kritikan, bahkan memberontak terhadap keluarga, masyarakat ataupun adat kebiasaan.

1.3.2    PERTUMBUHAN DAN KEMATANGAN SEKS


Seiring dengan pertumbuhan fisik, terjadi pula perkembangan di dalam tubuhnya. Kelenjar kanak- kanaknya telah berakhir berganti dengan kelenjar endokrin yang memproduksi hormon, sehingga menggalakkan pertumbuhan organ seks menuju kesempurnaan. Pada remaja puteri terjadi pembesaran payudara dan membesarnya pinggul serta terjadinya haid atau datang bulan. Sedangkan pada remaja putera mulai membesarnya jakun di leher, suara menjadi serak/besar, bahunya bertambah lebar, mulai tumbuh bulu ketiak dan kumis serta terjadinya mimpi basah. 

1.3.3  PERKEMBANGAN SOSIAL REMAJA

Tidak ada seorangpun yang sanggup hidup tanpa tergantung kepada orang lain. Demikian pula remaja, mereka mengharapkankan bimbingan dan tauladan agar dapat melalui masa- masa 'kritkal' (akibat pertumbuhan fisik dan seksual yang cepat) dengan sukses.
           Agar remaja dapat melalui masa- masa 'kritikal' itu maka diperlukan interaksi yang baik antara remaja dengan orangtua, remaja dengan guru di sekolah, dengan teman sebaya  dan dengan orang dewasa lainnya. Guru menempati tempat teristimewa di dalam kehidupan remaja kerana guru merupakan cermin dari alam luar keluarganya. Mereka lebih suka terhadap guru- guru yang terbuka untuk mendengar dan memperhatikan keluhannya dan membantu mengatasi kesulitannya. Remaja kurang senang dengan guru yang tidak mau mendengar dan mengerti keluhannya, terutama guru yang selalu menganggap muridnya harus selalu patuh dan mengikuti apa yang dikehendakinya. 





p/s : gambar2 di atas tidak membawa unsur ape2 ye..yang baik ambil sebagai tauladan yang buruk jadikan sempada..

~ tunggu apa kesudahannya ya! :)

“ REMAJA “

1.1 : HARAPAN DAN TENTANGAN
           Isu Remaja  merupakan hal yang menarik untuk dibicarakan. Orang tua sibuk dengan memikirkan tentang anaknya yang sedang meningkat remaja. Guru pula kadang- kadang gembira menghadapi anak didiknya yang berprestasi cemerlang, kadang- kadang pening menghadapi anak didiknya yang berperangai kurang bermoral, mengganggu dan meremehkan peraturan dan disiplin sekolah.
            Remaja sendiri sering sibuk dengan dirinya, yang tidak mudah difahami dan diterima oleh ibu bapa nya. Hubungan dengan kawan-kawan tidak menentu, ada kalanya akrab tetapi ada kalanya bermusuhan. Mungkin pada suatu ketika dia cinta dan bangga terhadap dirinya, lain waktu dia merasa malu dan benci terhadap dirinya.

~apa itu definisi remaja?
~apakah harapan dan cita-cita seorang remaja?
~apa pula tentangan dan masalah oleh seorang remaja?
~dan apa yang kita perlu lakukan untuk membina dan mengatasi masalah-masalah yang       melibatkan seorang remaja?


..:: sila nantikan post seterusnya::..  :)

Thursday, January 6, 2011

Lahirnya Kami....


Persatuan Pelajar Islam Melaka (PEPIM) merupakan persatuan pelajar dari Melaka yang bernaung di bawah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) melalui Majlis Perhubungan Anak Negeri. Berikut senarai Badan Gabungan Negeri:-
  1. Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Islam Negeri Kedah (PERSIDA)
  2. Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Pulau Pinang (PEMBIMBING)
  3. Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP)
  4. Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Islam Selangor (PEPIAS)
  5. Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPIWP)
  6. Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK)
  7. Kesatuan Pelajar Islam Terengganu (KEPITAR)
  8. Ikatan Pengajian Islam Pahang (IKATAN)
  9. Persatuan Pendidik Insan Negeri Sembilan (PPINS)
  10. Persatuan Pelajar Islam Melaka (PEPIM)
  11. Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ)
  12. Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS)
  13. Siswazah Muda ABIM Sabah (SISMA)

Pendaftaran PKPIM di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 merupakan satu manifestasi sokongan PKPIM terhadap usaha kerajaan untuk mengiktiraf kedudukan dan peranan belia sebagai salah sebuah kuasa yang mampu membawa perubahan kepada Malaysia ke arah yang lebih baik di atas dasar kebenaran dan keadilan.